Showing posts with label Siaran Akhbar. Show all posts
Showing posts with label Siaran Akhbar. Show all posts

Gempa bumi lemah berskala 3.0 gegarkan di Keningau

KUALA LUMPUR 22 Feb. – Satu gempa bumi lemah berskala 3.0 pada skala Richter berlaku di Keningau, Sabah pada pukul 12.46 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), dalam satu kenyataan hari ini, berkata, gempa itu berpusat di garisan lintang 5.1 Utara dan garisan bujur 116.14 Timur iaitu 31km dari barat daya Keningau dan 100km dari selatan Kota Kinabalu.

Posted by kimy | at 7:01 PM | 0 comments

Firaun didapati cacat


KAHERAH 17 Feb. - Firaun paling terkenal, Raja Tutankhamun adalah seorang budak lelaki lemah dengan bibir sumbing dan kaki bengkok ke dalam.

Dia meninggal dunia akibat keadaan menjadi bertambah buruk setelah mengalami patah kaki ditambah dengan malaria. Ibu bapanya pula berkemungkinan besar adalah abang dan kakaknya.

Ujian spesimen asid deoksiribonukleik (DNA) dan imbasan Tomografi Berkomputer (CT) selama dua tahun ke atas mumia ini yang berusia 3,300 tahun bersama 15 mumia lain membantu merungkai kebanyakan misteri yang menyelubungi raja kanak-kanak ini.

Posted by kimy | at 12:12 PM | 0 comments

Harussani bidas Sisters in Islam

PUTRAJAYA 18 Feb. – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini membidas Sisters in Islam (Sis) yang menyifatkan tindakan merotan tiga wanita Islam atas kesalahan melakukan persetubuhan haram sebagai diskriminasi terhadap wanita.
Tegas beliau, mana-mana pihak yang mempunyai tanggapan sedemikian bermakna mereka tidak mempercayai hukum Allah dan boleh dianggap terkeluar daripada Islam.
‘‘Orang seperti ini tidak faham hukum Islam, mereka menentang dan membenci hukum Islam kerana terpengaruh dengan orientalis Barat yang menentang Islam.

Posted by kimy | at 2:44 AM | 0 comments

AS tidak akan campur tangan

KUALA ROMPIN 18 Feb. – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) tidak akan campur tangan dalam pertuduhan kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis berkata, dalam pertemuan dengan Rumah Putih sebelum kembali ke tanah air baru-baru ini berkata, AS tidak mengeluarkan sebarang pendirian berhubung pertuduhan Anwar itu.

Posted by kimy | at 2:41 AM | 0 comments