Cara memasang lightview image pada blogspot


Kali ini kita akan belajar cara-cara untuk memasang lightview image pada blogspot. Lightview image nie untuk view image dengan lebih menarik ala2 web 2.0 gitu..hehehe..

ok kita mulakan langkah2nye...

1.Pergi ke Dashboard -> Layout -> Edit HTML

2.Di kotak html code cari </head>

3.Paste code di bawah ini sebelum </head>

Posted by kimy | at 2:03 AM | 0 comments

Gempa bumi lemah berskala 3.0 gegarkan di Keningau

KUALA LUMPUR 22 Feb. – Satu gempa bumi lemah berskala 3.0 pada skala Richter berlaku di Keningau, Sabah pada pukul 12.46 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), dalam satu kenyataan hari ini, berkata, gempa itu berpusat di garisan lintang 5.1 Utara dan garisan bujur 116.14 Timur iaitu 31km dari barat daya Keningau dan 100km dari selatan Kota Kinabalu.

Posted by kimy | at 7:01 PM | 0 comments

Firaun didapati cacat


KAHERAH 17 Feb. - Firaun paling terkenal, Raja Tutankhamun adalah seorang budak lelaki lemah dengan bibir sumbing dan kaki bengkok ke dalam.

Dia meninggal dunia akibat keadaan menjadi bertambah buruk setelah mengalami patah kaki ditambah dengan malaria. Ibu bapanya pula berkemungkinan besar adalah abang dan kakaknya.

Ujian spesimen asid deoksiribonukleik (DNA) dan imbasan Tomografi Berkomputer (CT) selama dua tahun ke atas mumia ini yang berusia 3,300 tahun bersama 15 mumia lain membantu merungkai kebanyakan misteri yang menyelubungi raja kanak-kanak ini.

Posted by kimy | at 12:12 PM | 0 comments

Cara Install Google Analytics

Anda seorang webmaster, ingin membuat report website atau anda seorang penulis...tetapi ingin tau ramai mana pengunjung ke laman web/blog anda???
kali nie ako nak share camne nak install google analytic kat page or blog korang.. Google Analytic nie adalah untuk tau page visit , Pageviews, Referring Sites, Direct Traffic , dan lain2 lagi la...

Posted by kimy | at 8:40 PM | 0 comments

Tutorial Klik Banyak

Bagi bloggers yang suke sgt main klik2 nie...mcm ako gak la...sini ako nak share cara klik2 banyak2..
mula2 pegi kat page nie..http://www.1millionfreehit.com/?rid=103512

Posted by kimy | at 3:27 AM | 0 comments

Harussani bidas Sisters in Islam

PUTRAJAYA 18 Feb. – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini membidas Sisters in Islam (Sis) yang menyifatkan tindakan merotan tiga wanita Islam atas kesalahan melakukan persetubuhan haram sebagai diskriminasi terhadap wanita.
Tegas beliau, mana-mana pihak yang mempunyai tanggapan sedemikian bermakna mereka tidak mempercayai hukum Allah dan boleh dianggap terkeluar daripada Islam.
‘‘Orang seperti ini tidak faham hukum Islam, mereka menentang dan membenci hukum Islam kerana terpengaruh dengan orientalis Barat yang menentang Islam.

Posted by kimy | at 2:44 AM | 0 comments

AS tidak akan campur tangan

KUALA ROMPIN 18 Feb. – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) tidak akan campur tangan dalam pertuduhan kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis berkata, dalam pertemuan dengan Rumah Putih sebelum kembali ke tanah air baru-baru ini berkata, AS tidak mengeluarkan sebarang pendirian berhubung pertuduhan Anwar itu.

Posted by kimy | at 2:41 AM | 0 comments

Kucing Bermata Satu

SUNGAI BULOH: Misteri apabila seekor daripada empat anak kucing yang baru dilahirkan di Kampung Paya Jaras Dalam di sini, kelmarin hanya memiliki satu mata selain tidak mempunyai hidung.
Lebih menghairankan apabila mulut kucing digelar ‘Monster’ itu tidak normal seperti ‘saudaranya’ yang lain kerana ia seakan menyerupai mulut monyet.


(Klik untuk besarkan imej)

Posted by kimy | at 9:26 PM | 0 comments

Diet yang betul

Remaja dikhuatiri terikut-ikut rejim diet yang ketat sehingga mengakibatkan penyakit yang lebih buruk.

MASALAH berat badan sering menyebabkan remaja kurang berkeyakinan dan berasa rendah diri. Keinginan untuk tampil cantik dan bergaya pasti diidamkan oleh semua anak muda.
Namun ramai remaja tidak tahu bagaimana cara terbaik untuk berdiet dan mengawal pemakanan mereka. Lebih menyedihkan mereka mengambil jalan singkat dengan memilih pil diet yang mampu menjejaskan kesihatan.
Ada juga remaja yang terikut-ikut rejim diet yang ketat sehingga mengakibatkan mereka mengalami penyakit seperti anoreksia dan bulimia.
Cara terbaik untuk menurunkan berat badan adalah dengan gabungan penjagaan pemakanan dan juga senaman yang teratur.
Bagi mereka yang ingin mengurangkan kilogram pada berat, GenK sediakan beberapa tip khas untuk remaja. Selamat mencuba!

Posted by kimy | at 9:11 PM | 1 comments

View Avatar Pada Blogger Comment

Kali nie kite akan belajar cara2 memasukkan avatar pada Blogger Comments. bagi yang menggunakan default template mungkin agak mudah dan mungkin telah disediakan, tetapi untuk tutorial ini khusus untuk sesiapa yang buat template sendiri atau upload file xml sendiri.

1. Pergi ke Blogger > Setting > Comments dan enable "Show profile images on comment" kemudian "Save Setting"

(klik untuk besarkan)

(Klik untuk besarkan)

Posted by kimy | at 7:41 PM | 1 comments

Selamat Tinggal Perut Buncit


NH X-Tummy ialah satu suplemen melangsing badan yang dihasilkan khas untuk pekerja pejabat dan mereka mempunyai masalah perut buncit. Diperbuat daripada ramuan 100% pati tumbuh-tumbuhan asli, NH X-Tummy ialah satu hasil aplikasi BIO-TEKNOLOGI terkini yang boleh membantu anda mengurangkan saiz pinggang, melangsingkan perut buncit serta mengurangkan lemak berlebihan di bahagian bawah tubuh anda!

Posted by kimy | at 10:36 AM | 3 comments

Melajukan Loading Firefox

KEPADA pengguna2 Firefox(FF) di luar sana...ni satu tutorial yg agak menarik untuk meningkatkan kepantasan loading FF. Tutorial ini hanya berguna kepada mereka yg menggunakan broadband sahaja..bagi pengguna dial-up silalah bertukar ke broadband yer...ekekeke...ok la..kite mulakan tutorial ini.

1. Type "about:config" pada address bar dan "Enter", kemudian cari code dibawah pada kotak "Filter:"

network.http.pipelining

network.http.proxy.pipelining

network.http.pipelining.maxrequests

Posted by kimy | at 11:19 AM | 0 comments

Melegakan sistem pencernaan


MASALAH pencernaan mudah berlaku jika seseorang itu mengubah tabiat makannya secara mendadak. Akibatnya, timbul masalah seperti sembelit yang kurang menyenangkan dan lebih buruk jika tidak mengamalkan pemakanan yang baik seperti kurang minum air serta makan makanan berserat seperti sayur-sayuran.

Posted by kimy | at 12:12 PM | 2 comments

Nak Pendekkan URL

bagi korang nak pendekkan URL yg panjang2 berjela2...boleh gunakankan tinyurl.

1.Masukkan Link URL yang panjang kemudian letak nama yg dimahukan pada tinyurl/[nama korang] di kotak custom alias.
2.Kemudian klik je "Make Tiny URL!"


3.URL yg panjang telah di pendekkan kepada berikut.

Demo: Demo Tinyurl

Link Page Tinyurl:http://tinyurl.com

Posted by kimy | at 9:47 PM | 0 comments