AS tidak akan campur tangan

KUALA ROMPIN 18 Feb. – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) tidak akan campur tangan dalam pertuduhan kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis berkata, dalam pertemuan dengan Rumah Putih sebelum kembali ke tanah air baru-baru ini berkata, AS tidak mengeluarkan sebarang pendirian berhubung pertuduhan Anwar itu.

‘‘Sebelum balik ke sini (Malaysia), AS tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berhubung kes tersebut,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran projek Baiti Jannati Tenaga Nasional Berhad (TNB) peringkat kebangsaan di Kampung Sepayang di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh dan Pegawai Daerah Rompin, Datuk Roslan Harun.

Beliau mengulas laporan agensi berita asing baru-baru ini mengenai kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Luar Senat AS, John Kerry yang mahu sistem kehakiman di Malaysia berhubung kes pertuduhan liwat Anwar itu dilakukan secara adil.

Sumber: Utusan Online (19/02/2010)

Posted by kimy | at 2:41 AM

0 comments:

Post a Comment