Melegakan sistem pencernaan
MASALAH pencernaan mudah berlaku jika seseorang itu mengubah tabiat makannya secara mendadak. Akibatnya, timbul masalah seperti sembelit yang kurang menyenangkan dan lebih buruk jika tidak mengamalkan pemakanan yang baik seperti kurang minum air serta makan makanan berserat seperti sayur-sayuran.
Sembelit akan mengakibatkan terjadinya masalah lain seperti buasir, sebu, kembung perut, pertambahan berat badan (akibat lambakan najis dan toksin), kejang otot (akibat kekurangan sayuran, buahan, daging atau bahan tenusu dalam diet) dan sakit kepala.
Masalah pencernaan ini akan menjadi igauan yang memerihkan sekiranya tindakan positif seperti menjalankan tabiat pemakanan yang baik dan bersenam tidak diberi perhatian.
Masalah tersebut mungkin mampu dikurangkan dengan pengambilan NuvaTea Caffein-Free Herbal Tea dan pada masa sama sebolehnya elakkan pengambilan teh atau kopi biasa untuk membantu sistem pencernaan anda berfungsi dengan efektif.
Dihasilkan dengan memikirkan kesihatan dan kesejahteraan, NuvaTea Caffein-Free Herbal Tea adalah produk istimewa yang mengandungi BioSlim Botanicals, formula efektif yang menggabungkan 10 herba premium, daun dan rempah.
Antaranya daun senna, daun stevia, kulit oren, akar likuoris, marsymelo, akar eleuthero, daun betik, bunga kekwa, bebuas Jepun dan daun pudina.
Kebanyakan teh herba menyatakan mampu menyahtoksin dan merampingkan badan tetapi semuanya mengandungi kafein. Namun NuvaTea Caffein-Free Herbal Tea memberikan faedah seperti yang diinginkan dengan tanpa kafein
Selain faedah kecantikan, ia turut membantu melegakan sembelit dengan mengawal pergerakan usus, melembutkan tinja dan mengeluarkan bahan buangan dari sistem pencernaan dengan efektif.
Pengambilannya turut membantu melegakan masalah pencernaan dengan menjaga dan melindungi lapisan saluran usus dan mengurangkan masalah pencernaan seperti pedih ulu hati, sebu dan kembung perut.
Membersih dan menyahtoksin badan anda dengan menggalakkan pengeluaran bahan buangan, toksin dan bahan sampingan dari badan tanpa kesan sampingan.
Penyingkiran toksin dari tubuh menjadi kulit lebih cerah dan wajah berseri sekali gus mengurangkan tekanan fizikal dan mental terhadap badan secara keseluruhan.
Hanya dengan secawan NuvaTea Caffeine-Free Herbal Tea sehari anda akan memperoleh faedah kesihatan, kecantikan dan pelansingan disamping mengembalikan keseimbangan pada badan anda untuk menjalankan aktiviti harian anda dengan tenang dan selesa. Anda pasti dapat merasakan campuran herba dan rasa lemon pudina asli yang hebat dalam membantu anda kekal bertenaga, memberi tidur yang lena agar segar di kala pagi, menceriakan hari anda, memudahkan perut yang bermasalah dan memberi bantuan yang diperlukan dalam mencapai berat badan ideal supaya anda sentiasa kelihatan anggun.
Oleh itu, jagalah kesihatan diri agar masalah pencernaan tidak menganggu anda melakukan aktiviti harian anda. Hanya dengan secawan ramuan 100 peratus semula jadi, bebas kafein adalah cara yang paling mudah dan praktikal untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan diri.
Ingatlah bahawa tanpa pencernaan yang efektif tiadalah kesihatan yang ideal - cubalah secawan sehari NuvaTea Caffeine-Free Herbal Tea untuk mendapatkan buktinya.
Rujukan: Utusan Malaysia (20/11/2009)
2 comments:
Informasi yang baik. Thanks for share NuvaTea Caffein-Free Herbal Tea. tapi kat mane nak cari NuvaTea ni? kat Farmasi biasa ade jual ke?
anda boleh dapatkan di guardian atau farmasi terpilih dengan harga RM19.50 sekotak.
Post a Comment