Tip Menjaga Aksesori Perak

Aksesori perak seperti gelang atau cincin apabila lama terdedah akan kelihatan kusam dan kelabu. Ini membuatkan aksesori perak anda hilang nilai keindahannya. Jika anda seorang pencinta aksesori perak dan sentiasa menggayakannya di pergelangan tangan atau di jari, pastikan anda tahu cara penjagaannya. Bagaimana?

Untuk memastikan dan mengekalkan kilau aksesori perak anda, langkah yang harus dan perlu dilakukan selalu adalah dengan mencuci dan mengilatkannya. Anda boleh lakukannya sendiri di rumah dengan langkah mudah.

LANGKAH 1
Campurkan baking soda dan air di dalam mangkuk. Kacau sehingga sebati, pastikan kandungan baking soda dan air mencukupi. Gunakan berus gigi, kemudian celup ke dalam baking soda.

LANGKAH 2
Gosokkan baking soda pada aksesori perak anda menggunakan berus gigi. Sentalkan baking soda pada setiap celah dan lengkukan aksesori perak tersebut.

LANGKAH 3
Kemudian biarkan atau direndamkan aksesori perak anda itu ke dalam baking soda selama 1 jam.

LANGKAH 4
Bilas baking soda dari aksesori dengan air panas.

LANGKAH 5
Akhir sekali tanggalkan baking soda yang masih terletak pada aksesori perak itu dengan gabus atau span. Selepas semua baking soda ditanggalkan, keringkan aksesori perak tersebut dengan kain lembut.

PERHATIAN:
Untuk mengekalkan warna dan kilauan aksesori perak anda, jangan sesekali membiarkan ia bercampur dengan apa sahaja jenis klorin seperti bahan peluntur dan air kolam. Sentiasa tanggalkan aksesori ketika mencuci, berenang atau melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan aksesori perak anda rosak.

Posted by kimy | at 4:26 PM

1 comments:

Unknown said...

Kalau cincin silver dah terhakis warna boleh celup balik tak? Saya basuh baju terkena clorox dkt cincin. So, ada apa apa advice tak ? :(

Post a Comment