PHP(bab 1): Belajar PHP
Hypertext Preprocessor(PHP) merupakan side scripting yang boleh digunakan pada pelbagai platform seperti windows, linux, Unix.
PHP merupakan open source dan mula berkembang dari perisian asalnya yang bermapa Personal Home Page yang dibangunkan oleh Rasmus Lerdorf pada tahun 1995.
Untuk menggunakan php anda memerlukan sebuah enjin penggerak apache. oleh itu saya syorkan anda menggunakan xampp.
ia merangkumi:
a)Apache
b)php
c)MySQL
d)phpMyAdmin
anda hanya perlu install dan run kan ia.
untuk mengaktifkan script php, anda perlu meletakkan code anda di ruangan antara"" sahaja.
dibawah ini adalah simbol asas yang perlu anda tahu:
a)"<?php ?>" = simbol asas untuk membaca script php
b)"//" atau "/* */" atau "#"= simbol untuk komen sebarang skrip atau tulisan
c)"echo" atau "print" = untuk memaparkan sebarang perkataan atau nilai
untuk membuat atau mengedit script anda, saya syorkan anda menggunakan software Notepad++, ia sangat berguna untuk developer.
semua code anda mesti la di save ke dalam folder "xampp/htdoc/(folder anda)" dan nama extension mestilah ".php" barulah script anda dapat berfungsi dengan betul.
mari kita mulakan coding pertama kita. buka Notepad++ anda dan copy code ini dan save sebagai "home.php".
Code home.php:
<html>
<body>
<?php echo"Papar menggunakan sintaks echo"; ?>
<br>
<?php print"Papar menggunakan sintaks print"; ?>
</body>
</html>
kemudian buka browser anda dan taip lokasi anda simpan file tadi. contoh: "http://localhost/tutorial/home.php".
Inilah hasila coding kita di atas. anda dapat lihat penggunaan sintaks "echo" dan "print" adalah sama, ianya untuk
memaparkan nilai atau perkataan yang ditulis.
Paparan home.php:
Komen adalah untuk kita menanda pada code kita tetapi ianya tidak dipaparkan pada browser. Mari kita cuba code ini dan save sebagai "komen.php"
code komen.php:
<html>
<body>
<?php
// ini adalah komen pertama
/* ini adalah komen kedua */
# ini adalah komen ketiga
echo"page komen";
?>
</body>
</html>
Paparan komen.php:
hasilnya anda dapat lihat di browse anda hanya tulisan "page komen". Ini bermakna semua tulisan yg di tulis pada ruangan simbol komen tidak akan dipaparkan pada browser.
komen ini hanya dapat dilihat pada editor anda dan tidak pada browser. Komen biasanya digunakan untuk menanda kedudukan code anda jika anda mengabungkan banyak coding dalam satu file.
sekian tutorial saya untuk kali ini. semoga berjumpa lagi di tutorial yang seterusnya, harap tutorial ini berguna kepada anda. Sama-samalah kita berkongsi ilmu yang ada untuk semua.
0 comments:
Post a Comment